SEJARAH PELAJAR DAN PERKEMBANGANNYA(Transkrip asal ditulis dalam tulisan Bahasa Inggeris-Diterjemahkan oleh Admin)
Pada tahun 1947,Kelas Tahun 1 cuma terdiri dari beberapa orang pelajar lelaki dan perempuan yang berumur antara 9tahun dan 16 tahun sahaja.Pakaian seragam sekolah pada masa itu belum diperkenalkan lagi..Kelas pada masa itu hanya di adakan antara jam 10 pagi hingga 12 tengah hari kerana murid sekolah terpaksa membantu ibubapa mereka di sawah.Beberapa tahun kemudian kelas telah ditambah dan kelas dimulakan pada jam 8 pagi di bawah pentadbiran Mr A.K.Leefe dengan bantuan beberapa orang komuti sekolah pada masa itu.
Sekolah semakin berkembang.dimana Mr Nabeu,Mr Rebong,Mr Aron,Mr Dimbu,Mr Nonssid,Mr Tinggai,Mr Nyapieg dan Mr Sombil sebagai komuti sekolah yang berkhidmat pada masa itu.
Sebelum 1964,Mana-mana murid yang menamatkan tahun 4 nya dipindahkan ke St James School Kuap untuk darjah 5 dan 6.Di tahun 1964 Semasa Pejabat Pendidikan Daerah berpusat di Batu Kitang,murid tidak perlu lagi dipindahkan ke St James Kuap tetapi terus belajar di St Bumbok sehingga tamat darjah 6. Pejabat tersebut 2Batu sahaja dari sekolah std avid.Kelas tahun 5 telah diperkenalkan pada tahun 1968 dan ditahun 1969 seramai 39 org murid menduduki peperiksaan Sarawak Common Entrance Examination untuk kali pertamanya selepas St David dibina dan dibuka.Malangnya tidak ada seorang pun murid yang terpilih untuk melanjutkan pelajarannya ke peringkat yang seterusnya.Hanya beberapa orang saja murid yang diluluskan oleh Kementerian Pelajaran untuk menduduki semula kelas tahun 5 di mana kelasnya di adakan satu tahun selapas itu.
Common Entrance Examination yang kedua di adakan pada tahun 1971 dan 23 orang dari 37 orang telah terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah Menengah Tun Abg Hj.Openg,Kuching.
Pada tahun 1971 juga murid tahun 4 dan murid tahun 6 menjadi 4H Club member dibawah didikan Guru Besar,Mr James Mason.Mereka telah dibekalkan dengan beberapa anak pokok buah dan benih sayur-sayuran oleh Jabatan Pertanian(Agriculture Department). Kelab tersebut tidak mempunyai kewangan sendiri akan tetapi dengan adanya hasil jualan dari sayuran yang ditanam untuk simpanan membuatkan kelab itu dapat berkembang dan mereka mengadakan jamuan dihujung bagi merayakan kejayaan mereka.
Pada tahun 1971 ,rumah guru berada didalam keadaan kurang memuaskan.dan tidak sekolah tidak memiliki kewangan sendiri bagi pembaikan pulih rumah guru tersebut.Konsert terpaksa di adakan untuk meraih fund.Hasil darinya digunakan untuk gotong royong pembaikan pulih rumah guru.
Dihujung tahun 1972 ,murid telah membuat sawah padi yang terbesar dengan hasil tuainnya 5 pikul(tan ).Kebun mereka juga telah menghasilkan 70kati kacang panjang dan pokok rambutan pula yang telah ditanam pula menghasilkan buah yang banyak untuk memnampung segala perbelanjaan pengurusan sekolah.