SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH(1947-1974)Diterjemahkan Oleh admin ,melalui Ref : 19/02/1974 As426
(Transkrip asal ditulis dalam tulisan Bahasa Inggeris)
Pada tahun 1947 kelas pertama di adakan sebelum sekolah dibukakan secara rasmi,pada masa itu Mr Najod ak Ruyoh,merupakan satu-satunya tenaga pengajar dan beliau mengajar kelas terbuka(open A class).Walaubagaimanapun sekolah dibuka secara rasminya pada September 1974 dengan bantuan Anglican Church Mission.penduduk Kampung Bumbok dan golongan yang ghairah untuk membukakan sekolah
Pada tahun pertama sekolah dibuka.Mr Najod ak Ruyoh merupakan tenaga yang pertama dan mengajar satu kelas sahaja.Kelas bertambah pada tahun yang kedua sebanyak dua kelas
Pada tahun 1949,Mr Najod meninggalkan sekolah dan di ambil alih oleh adiknya Mr Namod ak Ruyoh yang mengajar 3kelas.Pada tahun 1950 kelas telah bertambah sebanyak 4kelas.Dan pada tahun 1951 Mr British Gawing ak Jitab telah mengambil alih kelas dari Mr Namod.Dia telah mengajar bersama isterinya.
Sekolah Bumbok telah didirikan dengan lebih sempurna pada tahun 1952 dengan berasaskan sekolah papan dan kayu di bawah naungan dan penyeliaan Mr A.K.Leefe yang merupakan Chairman Sekolah pada masa itu bersama Mr Aron ak Nojam merupakan penyokong kuat didalam mendirikan sekolah.Mr British Gawing mengajar selama 2 tahun bersama dengan Mr Parnell ak Najod selepas isteri Mr british meninggalkan sekolah.
Pada tahun 1953 Mr Ah Guan ak Gunga dan Mr Kipcha Siel Juki mengambil alih kelas pengajaran tersebut.Mr Kipcha diganti oleh Mr Albert ak Nakid pada tahun 1955.Dimana beliau hanya mengajar setahun sebelum digantikan oleh Mr Maon ak Robert. Mr Maaon mengajar selama 6 tahun di bawah Mr Ah Guan sebagai Ketuanya.
Mr Dennis Sunggong mengambil alih dari Mr Ah Guan pada tahun 1963 sebagai Guru Besar sehingga tahun 1969 dan telah diganti oleh Mr Tenan Rakau.Kelas telah bertambah pada masa itu dan kelas kelas Tahun 6 yang pertama telah diperkenalkan tahun 1969.
Mr Tenan mengajar dengan beberapa orang guru yang outstanding (berkebolehan) iaitu Mis Roselind Jaban,Mr Kenang.Mr Batong.Mrs Chuang.Mr Petrus Ngadan dan Mr Jair Sukim.
Mr Tenan mengajar selama 5 tahun sebagai Guru Besar sehingga tahun 1970.Rombakan tenaga pengajar telah dibuat pada tahun 1971 dan Mr James Mason sebagai Guru Besar.beliau telah dibantu oleh Mdm Veronica Brooke dan Mdm Rose Pau.