Thursday, June 18, 2009

BIOGRAPHI PENGASAS SEKOLAH

Biographi Pengasas Sekolah St David(En Najod Ak Ruyoh)
(Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari salah seorang anak beliau Mr Howell Ak Najod melalui satu surat yang bertarikh 21 Mac 2000 –Transkrip asal ditulis dalam tulisan Bahasa Inggris-Diterjemahkan oleh Admin

En Najod ak Ruyoh telah dilahirkan pada 30 Mac 1909 di Kampung Kuap,Beliau merupakan anak sulong kepada seorang Ketua Kampung Kuap pada masa itu, iaitu En Ruyoh,. Mendapat pendidikan awal dari Mubaligh Kristian (Anglican) sehingga darjah 3Mubaligh).Pada tahun 1923 beliau meninggalkan alam persekolahan untuk menyertai sepupu dan beberapa orang kawan ke Miri untuk bekerja sebagai Operator Telefon di Sarawak Shell.

Pada tahun 1924.beliau telah kembali semua ke kampung halamannya.Diantara tahun 1924 sehingga 1934 beliau telah bekerja dalam pelbagai bidang.Pertengahan tahun 1924 beliau telah bekerja di Jabatan Tanah dan Survey .Beberapa tahun kemudian,beliau telah bekerja sebagai Apprentice dengan sebuah bengkel mesin di Padungan,Karier pekerjaan beliau diteruskan dengan bekerja di Dahan Estet,Bau sebagai seorang Kerani.Dahan Estet merupakan sebuah Ladang Getah yang dikendalikan oleh Borneo Company.

Pada tahun 1934 beliau telah menamatkan alam bujangnya dengan mengahwini seorang gadis dari Kampung Bumbok yang bernama Miang.Pada 27hb Mac 1935 pasangan ini telah dikurniakan cahaya mata yang pertama seorang anak perempuan yang bernama Nora Baer.

Pada tahun 1934 hingga 1940 beliau telah bekerja sebagai Makenik di Padungan,Kuching sehinggalah beliau meletak jawatan pada tahun 1940.

Pada 1940 hingga 1944,Beliau bekerja sebagai seorang petani pada siang harinya dan sebelah malamnya beliau mengadakan kelas asas di mana beliau mengajar asas membaca dan menulis untuk penduduk kampung yang berminat.Beberapa orang bekas pelajarnya masih hidup sehingga ke hari ini.

Pada tahun 1944 sehingga 1946 iaitu semasa penjajahan Jepun di Sarawak,beliau telah bekerjasama dengan Kerajaan Jepun.Beliau bekerja sebagai seorang mandor yang mengawasi sekumpulan kuli berbangsa Dayak untuk penjagaan Landasan lama Kapal terbang pada masa itu.(Tinggalan bangunan tersebut masih boleh dilihat ketika ini di Kota Sentosa bertentangan dengan Gereja SIB Kota Sentosa,Kuching)

Pada tahun 1947 di atas permintaan pemuda dan pemudi Kampung Bumbok,beliau telah memulakan sebuah kelas formal menggunakan sebuah bilik stor kecil untuk dijadikan kelasnya.

Pada tahun 1948,Beliau telah diminta oleh Mubaligh Kristian Anglican untuk menubuhkan sebuah sekolah di Kampung Sitaang dan diikuti oleh sebuah lagi sekolah di Kampung Sg Duuh.

Pada tahun 1949,Sebuah rumah kecil telah dibina beratapkan rumbia dan berlantaikan buluh untuk kegunaan beberapa buah kelas secara bergilir-gilir yang telah dikendalikan oleh Mr British Gawing Jitab bersama-sama dengan isterinya di Kampung Bumbok.

Pada 1950 secara rasminya Sekolah di Kampung Bumbok menjadi sekolah mubaligh dibawah pentadbiran dan naungan Sekolah Mubaligh St James Kampung Kuap.

En Najod anak Ruyoh mungkin bukan tenaga pengajar yang pertama di kampung Bumbok tetapi atas usaha gigih beliau telah menyedarkan dan memberi semangat kepada penduduk kampung mengenai pentingnya pendidikan.Beliau ikhlas dalam usahanya menubuhkan sekolah di Kampung Bumbok.Di sepanjang kehidupannya beliau telah banyak menyedarkan orang kampung tentang agama kristian.Beliau telah lebih giat lagi menyebarkan agama kristian pada tahun 1979 dalam usahanya yang mungkin lewat dalam 30 tahun dari penyebaran awal agama kristian di Sarawak tetapi hasil dari usaha gigih dan murninya, beliau telah berjaya membina sebuah Gereja Anglican pada 1980.Sehingga kini hampir 60 hingga 70% penduduk Kampung Bumbok beragama Kristian.

Pada 20 Ogos 1999,En Najod ak Ruyoh telah meninggal dunia pada usianya 88tahun.Usahanya dan pengorbanannya dikenang hingga kini.Sk St David bukti perjuangannya.